Exco Kontroversi: Hasan Mohd Ali | pkfz | Nizar News

Exco Kontroversi: Hasan Mohd Ali

Exco paling kontroversial, Hasan Mohd Ali juga Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, tersenarai dalam golongan “berisiko tinggi”. Namun, ketika ditanya kemungkinan Hasan Ali untuk melompat parti, Exco Senior, Teresa Kok menafikannya secara terus-terang, “Lain cerita kalau beliau dapat membawa lapan orang melompat bersama-sama. Kalau tidak, untuk apa beliau lompat? Lompat untuk jadi pembangkang?”

Selepas tsunami politik 8 Mac, Hasan Ali pernah ditawarkan jawatan Menteri Besar, diberi laluan oleh Khir Toyo (bekas MB) sebagai langkah untuk memastikan UMNO terus berkuasa di negeri, menurut seorang pemimpin PAS. Hasan Ali walau bagaimanapun terpaksa akur dengan keputusan PAS pusat, untuk bersama dengan PR.

Justeru itu, gerak-geri Hasan Ali kebelakangan ini dibaca sebagai desakan untuk menuntut lebih sumber daripada kerajaan PR. Malah, sumber maklumat yang rapat dengan PAS tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Hasan Ali untuk mencetus pertikaian seperti penjualan arak hanyalah “ugutan” semata-mata.

Bagaimanapun, Teresa Kok tetap menolak kemungkinan rakan sekerjanya untuk melompat parti, berasaskan kenyataan bahawa PAS tidak mungkin menarik diri dari kerajaan negeri PR, kecuali Hasan Ali melompat secara individu. Maka, pemimpin DAP ini melihat desas-desus rampasan kuasa, lompat parti cuma “perang psikologi” untuk menjejaskan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap kerajaan PR Selangor

SELANJUTNYA

Oleh Wong Shu Qi
...............................................................................................................




BIODATA DATO’ DR HASAN MOHD ALI


Dato' Dr Hasan Hj Mohd Ali dilahirkan di Klang, Selangor Darul Ehsan pada 28hb November, 1947. Beliau mendapat ijazah pertama dari Universiti Malaya 1970/71, Ijazah Sarjana dari University of Pittsburgh, USA 1975 dan PhD dari University of Wisconsin, USA 1985.

Dato' Dr Hasan pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun. Beliau telah menjawat berbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan Persekutuan. Antara jawatan yang pernah disandang termasuklah:

Penolong Setiausaha di Bahagian Kabinet, JPM;
Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor,
Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor;
Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, JPM;
Ketua Penolong Pengarah (Unit Perancangan) Kementerian Tanah;
Ketua Pusat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan
Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, JPM.
Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi, JPM.
Beliau telah meletakkan jawatan di dalam perkhidmatan Kerajaan pada tahun 1985 dan sekarang ini mengetuai Sabha Group Sdn Bhd (SGSB) dan Akademi Keluarga Bahagia Malaysia (AKRAB).

Melalui anak syarikat Sabha Total Training Centre, Dato' Dr Hasan bersama lain-lain tenaga profesionalnya terlibat mengendalikan program-program latih-luar korporat kepada hampir 200 badan-badan korporat yang bertapak di dalam dan di luar negara. Latihan yang diberi menekankan aspek pembinaan sikap positif untuk menjadi tenaga kerja yang lebih berdedikasi, berketrampilan dan bertaraf dunia.

Melalui anak syarikat Sabha Ambang HRD Sdn Bhd, Dato’ Dr Hasan mengendalikan program-program latihan kemahiran korporat. Di antara program itu termasuklah pengurusan strategik, kepimpinan korporat, kualiti dan produktiviti, pengurusan kepemimpinan dan sebagainya. Program-program ini biasanya dikendalikan secara 'in-house' di tempat pilihan agensi berkenaan.

Melalui AKRAB (Akademi Keluarga Bahagia Malaysia), Dato' Dr Hasan menganjurkan program-program pendidikan keluarga, pendidikan kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah, pendidikan keremajaan dan sebagainya. Dato' Dr Hasan merupakan pelopor dan perintis kepada gerakan kesejahteraan keluarga di Malaysia. Program "Summer Camp", "Smart Learning", Ibubapa Cemerlang Anak Gemilang adalah diantara program perintis yang kini masih segar dan terus diminati oleh masyarakat Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan Selatan Thailand.

Dibidang penulisan, Dato' Dr Hasan telah menulis lebih daripada 30 tajuk buku, ratusan bahan audio visual yang sebahagian besamya menggariskan tatacara memantapkan institusi keluarga dan pemupukan budaya cemerlang di kalangan ahli keluarga. Ribuan peserta dari segenap lapisan umur bertaburan di seluruh negara telah dan sedang memberi sambutan hangat kepada program Dato' Dr Hasan. Sesungguhnya Dato' Dr Hasan telah membuka satu lembaran baru dalam bidang kesejahteraan keluarga di rantau ini .

Dato' Dr Hasan telah diberi peluang buat sekian lamanya menyertai beberapa program terbitan TV kerajaan dan swasta. Penglibatan beliau kebanyakannya sebagai konsultan dan ahli panel rancangan-rancangan TV seperti MHI, RSB, Nona, Majalah 3 (TV3); SPM, Minda, Forum Perdana Ehwal Islam (RTM). Bersama-sama dengan tenaga professional yang lain, Dato' Dr Hasan telah berjaya melonjakkan program agama dan program-program 'talk-show' menjadi program yang sangat diminati oleh masyarakat Malaysia. Kepopularan Dato' Dr Hasan merentasi sempadan negara dalam mana beliau juga sering menjadi tetamu undangan program pendidikan kemasyarakatan dan kekeluargaan serta motivasi kecemerlangan di TV Singapura dan Brunei Darussalam.

Buat masa ini beliau adalah Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor

Comments

Popular posts from this blog

Profil Vitalia Sesha Model Di Kasus Suap Daging Impor - Tercanggih

Profile dan biodata Angkasa Band

Talent Pilihan SlideGossip : Andrean Saputra