Posts

Showing posts from March, 2005

Haji Hasanuddin Mohamad - Memartabatkan Sekolah Agama Rakyat

Sekolah Menengah Agama Al-Wosto, Berhala Gantang yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Temerloh, tentu tidak asing pada orang Pahang. Bermula daripada sistem pengajian pondok, diasaskan satu sistem persekolahan yang diberi nama Madrasah Al-Wosto. Demikian inisiatif Haji Hasanuddin Mohammad pada tahun 1948.Sebenarnya tradisi pengajian pondok di kampung itu telah wujud sejak abad ke 17 lagi. Pengajian ketika itu didukung oleh seorang ulama terkenal iaitu Tok Shahibuddin Zainal Abidin (1650-1770). Beliau mendapat pendidikan agama di Kelantan, Terengganu, Fatani, Kedah, Acheh dan Badawi. Tradisi cintakan agama dengan memeriahkan pengajian pondok itu diwarisi turun-temurun oleh keluarga berkenaan serta penduduk Berhala Gantang. Sistem pondok itu kemudian bertukar kepada sistem sekolah pada pertengahan abad ke-20. Madrasah Al-Wosto yang dilestarikan oleh Haji Hasanuddin itu telah menyediakan kurikulum yang lebih mantap dengan guru-guru terlatih yang berpengetahuan. Walau bagaimana

BADI’UZZAMAN SA’ID NURSI - Tokoh Mujahid dan Mujadid Islam Abad ke-14H

Setelah enam ratus tahun bertapak sebagai sebuah kerajaan agung, sejarah menyaksikan detik-detik kemuncak kelemahan Kerajaan Uthmaniyah. Sebenarnya detik yang berlaku di sekitar awal abad ke-14H itu, diancam oleh pelbagai serangan dalaman dan luaran secara terancang. Detik tanggal tahun 1924, merupakan sejarah hitam buat Kerajaan Uthmaniyah apabila Kamal Ataturk menguasai Turki. Sistem Khalifah yang menjadi mercu tanda kekukuhan negara Islam, mansuh akibat pengaruh Barat pimpinannya. Pada ketika itulah muncul tokoh ilmuwan terulung dalam sejarah Turki iaitu Badi’uzzaman Sa’id Nursi. Beliau telah mengorbankan seluruh kehidupannya demi perjuangan untuk mengembalikan keagungan Islam yang musnah itu. Ketika itu, agama dilihat sebagai faktor kemunduran dan kelemahan umat. Fahaman sekularisme, materialisme, dan ateisme pula diterima baik oleh masyarakat tempatan atas nama kebebasan dan kemajuan. Badi’uzzaman atau nama sebenar Sa’id bin Mirza dilahirkan pada tahun 1876 (1294H) di Nurs, sebuah