Biodata Tokoh: Nizar / Zambry : Biodata Altantuya
Altantuya Shaariibuu @ Aminah Abdullah (Bahasa Mongolia: Àëòàíòóÿà Øààðüáóó) (1978-2006), seorang rakyat Mongolia, merupakan seorang mangsa bunuh yang mana baki mayatnya telah dihancurkan dengan bahan letupan C4. KEHIDUPAN AWAL Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, kepada bapa Shaaribuu Setev, seorang profesor psikologi, dan ibu Sh Altantsetseg. Mereka membesarkan beliau dan adiknya semasa mereka bekerja di Russia di mana Altantuya memulakan persekolahan awal. Beliau fasih berbahasa Mongolia, bahasa Russia, bahasa Perancis dan bahasa Inggeris. Altantuya telah balik ke Mongolia dalam tahun 1990 dan kemudian berkahwin dengan seorang penyanyi tekno Mongolia bernama Maadai. Mereka mendapat seorang anak dalam tahun 1996 tetapi perkahwinan ini berakhir dengan penceraian dan anak ini diletakkan di bawah ibubapa beliau. Di sebalik bekerja sebagai seorang guru, dalam masa singkat Altantuya telah berpindah ke Perancis di mana beliau menghadiri datu sekolah permodelan sebelum balik ke Mongo...