ADUN UMNO TRG NAK LOMPAT PARTI : DS Nizar vs DS Zambry
Meneliti beberapa perkembangan mutakahir ini dalam senario politik Terengganu yang tak kesudahan khususnya melibatkan pertembungan kem Menteri Besar dan Bekas Menteri Besar Terengganu. Pertembungan itu sememangnya 'real', tidak siapa boleh menafikan. Tindakan Najib menghantar sepupunya Hishamuddin untuk menyelesaikan isu tersebut dengan memangku Ketua Perhubungan Umno Terengganu nampaknya bukan bergerak ke arah menyelesaikan tetapi lebih menserabutkan. Dua hari lepas sebuah laman portal berita internet telah menyiarkan kemungkinan ada ADUN Terengganu (kem bekas MB) akan 'bertukar' parti. Serentak dengan itu Hishamuddin sendiri telah menghubungi kesemua ADUN yang disyaki dan setelah memujuk ugut semuanya, wartawan diarahkan menghubungi kesemua mereka untuk penafian. Sebenarnya usaha rundingan memang wujud, bukan pancing tetapi beberapa ADUN tersebut yang mulakan rundingan kerana katanya apa guna berada dalam Umno yang tidak mahu mendengar 'rintihan orang bawah'. ...