Posts

Showing posts with the label Yusri buat Konar baring plak dah... : Nizar / Zambry/ Teoh/ AlTantuya/ Rohaizat/Salleh

Yusri buat Konar baring plak dah... : Nizar / Zambry/ Teoh/ AlTantuya/ Rohaizat/Salleh

Kes Yusri ( Ex-Partner Rohaizat ): Kalau takut menanggung risiko, usah bicara soal perjuangan. BARU beberapa hari membuat pendedahan bagi maksud membela dirinya yang telah dikambinghitamkan Umno , Yusri telah membuat konar baring 85 darjah. Banyak juga pentas PAS dan Pakatan Rakyat yang Yusri jejaki untuk memberi gambaran dan cerita sebenar mengenai kes pembatalan sijil guaman calon BN, Rohaizat Othman. Rakyat juga yang mendapat untungnya kerana dengan pendedahan tersebut mereka kini tahu watak sebenar calon BN itu. Tapi itulah, hanya pejuang kental yang akan bicara soal perjuangan. Dan Yusri bukan dari kalangan orang sebegitu (pejuang). Entah kenapa, tiba-tiba Yusri membuat Sidang Akhbar Kedua yang mendakwa beliau dipergunakan oleh parti tertentu, dan beliau tidak sanggup lagi melihat serangan berbentuk peribadi yang bertubi-tubi ke atas Rohaizat ekoran pendedahan yang dibuatnya. Kita perlu faham di mana duduk perkara. Satunya, Yusri pada mulanya ikhlas memperjuangkan maruah diri, kel...