Posts

Showing posts with the label Pendidikan

Tokoh Akademik/Pendidikan/Ekonomi: Ungku Aziz

Image
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Prof. Diraja Dr. Ungku Aziz YM. Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (28 Januari 1922 - ) merupakan seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara. Ia juga memenangi Hadiah Budaya Asia Fukuoka IV 1993. Keluarga Beliau dilahirkan di London pada 28 Januari 1922, merupakan keturunan diraja Johor. Bapanya Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JVC). Ibunya bernama Hamidah bte Abdullah. Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Azah Aziz dan telah dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara Malaysia sekarang. Pendidikan Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat, kemudian menyambung pengajiannya di Raffles College kemudiannya Universiti Malaya Singapura dan mendap...