Nizar / Zambry : Pak Samad Said masuk PAS? Biodata A Samad Said
Dijangkakan pada 21 Ogos ini A Samad Said dan GMP akan berada di Permatang Pasir dan dikatakan akan berceramah di pentas PAS... sama-samalah kita tunggu. Berikut biodata beliau yang dipetik dari http://www.esastera.com BIODATA A. SAMAD SAID dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Dia menerima pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946), Victoria Institution sehingga memperolehi Sijil Senior Cambridge (1956). Pencapaian dan sumbangan Samad Said dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan pemerintah apabila pada 29 Mei 1976 bersama beberapa pengarang lain beliau telah diiktiraf sebagai Pejuang Sastera. Tahun 1979 turut memberi erti pada Samad, apabila beliau dilantik oleh Perdana Menteri sebagai salah seorang anggota panel Anugerah Sastera dan dalam tahun yang sama beliau telah memenangi Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award). Kemuncak pencapaian Samad sebagai sasterawan ialah ...