Posts

Showing posts with the label Nizar / Zambry: Bolehkah orang pecah amanah menjadi wakil rakyat? - Mahfuz

Nizar / Zambry: Bolehkah orang pecah amanah menjadi wakil rakyat? - Mahfuz

Petikan dari blog Mahfuz Omar di http://gemasuara.blogspot.com/ Wednesday, August 19, 2009 Bolehkah orang pecah amanah menjadi wakil rakyat? Dalam kalangan Umno, Setiausaha Bahagian Permatang Pauh itu masih dikenali sebagai pengamal undang-Undang atau peguam. Ia ditegaskan oleh mediapro Umno dengan tajuk hebat, "Peguam syarie lawan ahli perniagaan" untuk membayangkan status calon BN itu. PAS dan Pakatan Rakyat mempersoalkan sebab musabab mengapa calon taruhan Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Muhyiddin Yassin itu tidak meletakkan kerjaya 'Peguam' dalam borang penamaan calonnya kelmarin. Rohaizat mengakui bahawa beliau adalah ahli peniagaan; sama seperti calon Pakatan Rakyat dari PAS Mohd Salleh Man. Dikatakan persoalan itu ada kaitannya dengan pengumuman yang dibuat Presiden Majlis Peguam Negara Ragunath Kasavan, Rohaizat ditarik balik (struck off) status peguam berdasarkan Bahagian 103D Akta Guaman 1976 atas kes penyelewengan wang. Rohaizat mesti menjelaskan sega...