Tokoh Kemerdekaan : Tun Sambanthan
V. T. Sambanthan Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan (16 Jun 1919 - 18 Mei 1979) ialah Presiden kelima Kongres India Malaya (MIC), sebuah parti politik Malaysia, serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian dalam kerajaan Malaysia Biografi ringkas Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara. Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti. Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya (MIC) ketika berusia 36 tahun. Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semena...