Posts

Showing posts from June, 2005

Saudah - Isteri tua yang taat

Para sahabat dapat merasakan kesepian Rasulullah s.a.w selepas kematian isterinya, Sayidatina Khadijah Khuwailid. Sebagai seorang pemimpin masyarakat, mereka faham kesibukan Rasulullah dan baginda memerlukan seorang isteri untuk menguruskan rumah dan anak-anak baginda. Tetapi siapakah wanita yang paling layak untuk diperisterikan baginda? Seorang sahabat wanita, Khaulah Hakim tampil mengusulkan agar Rasulullah melamar Aisyah Abu Bakar. Tetapi Aisyah ketika itu masih mentah dan belum sesuai untuk memikul tugas sebagai seorang isteri. Sementara menunggu Aisyah matang dua atau tiga tahun lagi, seseorang perlu berada di rumah Rasulullah bagi menguruskan rumah dan anak-anak baginda. Bagi para sahabat, calon paling sesuai ialah Saudah Zam’ah, wanita Bani Adi bin Najar yang sudah bertahun-tahun menjanda. Seluruh masyarakat mengenali Saudah sebagai muslimah yang tabah. Dia dan suaminya antara orang yang mengikuti hijrah pertama ke Habsyah pada zaman awal perkembangan Islam. Ketika itu, masyara

Rumaysa - Muslimah, Isteri & Ibu Unggul

Selepas kedatangan Islam ke Yathrib (nama lama Madinah), Rumaysa yang juga dikenali sebagai Ummu Sulaym, wanita berperwatakan cemerlang, intelektual dan punya sifat berdikari yang tinggi, berkahwin dengan Malik ibn an-Nadr, dan dikurniakan anak lelaki, Anas ibn Malik, yang kemudiannya menjadi di antara sahabat Rasulullah yang akrab. Rumaysa antara wanita Yathrib pertama yang memeluk Islam, hasil dakwah Mus'ab ibn Umayr yang dihantar Rasulullah ke sana. Siri dakwah ke Yathrib itu berlaku selepas Perjanjian Aqabah Pertama, apabila 12 orang lelaki Yathrib pergi ke Aqabah yang terletak di luar Mekah untuk menyatakan kesetiaan kepada Rasulullah. Peristiwa ini juga dianggap kemajuan kepada dakwah baginda yang tidak mendapat tempat di negeri sendiri (Mekah). Keputusan Rumaysa untuk memeluk Islam dibuat tanpa pengetahuan suaminya yang ketika itu berada di luar Yathrib. Selepas Malik kembali, dia mendapati suasana amat berlainan. Dia tidak gembira apabila Rumaysa mengumumkan keislamannya di