Yahya bin Toha
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah , gelintar Hj Yahya Toha dilahirkan di Kampong Pisang, Kupang Baling, Kedah pada tahun 1906M bersamaan 1326H. Daripada kalangan komuniti Patani yang berhijrah dan mendiami daerah seperti Baling , Pendang , Sik , Padang Terap di Kedah dan Grik serta Batu Kurau di Perak [ perlu rujukan ] . Beliau memperolehi pendidikan agama sejak kecil dan seterusnya meneruskan pengajian di Pondok Kemelong, Sik, Kedah. Dalam usia 18 tahun beliau melanjutkan pengajian ke Makkah dan menuntut ilmu dengan beberapa orang guru berasal dari Patani. Antaranya ialah Tuan Guru Haji Wan Daud, Tuan Guru Haji Yahya al-Ramani (berasal dari Reman , Selatan Thai ), Tuan Guru Haji Noor al-Ramani (berasal dari Reman) serta Syeikh Mokhtar dan Syekh al-Ihya’ (berasal dari Indonesia ). Setelah berada selama 12 tahun di Makkah beliau kembali ke tanah air pada tahun 1935 dalam usia 30 tahun. Keazamannya untuk membuka sebuah pusa