Posts

Imam Bukhari mampu hafal 600,000 hadis

Imam Bukhari mampu hafal 600,000 hadisIMAM Bukhari atau sebenarnya Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardazbah bin Bazzabah al-Ja'fy’, seorang ulama yang cerdas. Beliau mempunyai daya ingatan sangat kuat apabila mampu menghafal tidak kurang 600,000 hadis. Ahli hadis terkemuka ini lahir pada Jumaat tanggal 13 Syawal 194 Hijrah atau 21 Julai 810 dan wafat pada 30 Ramadan 256 Hijrah atau 21 Julai 860, pada usia 60 tahun. Kekuatan hafalannya pernah diuji ulama besar di Baghdad, Iraq, ketika Imam Bukhari baru berusia 25 tahun. Suatu hari, Imam Bukhari yang masih muda itu diundang ke Iraq untuk menghadapi 10 ulama besar. Dalam pertemuannya, setiap ulama mengemukakan 100 hadis yang diputarbelitkan susunan kata-katanya dan Imam Bukhari diminta membetulkannya. Selepas 10 ulama itu habis berbicara, Imam Bukhari mula menjawab dan memperbetulkan semua 100 hadis yang sudah diputarbelitkan itu secara satu persatu. Malah, dengan tenang ditunjukkannya bahagian yang k...

Syeikh Abdus Samad Al-Falembani - Ulama Ulung Rantau Melayu

ALAM Melayu mempunyai ramai ulama yang menyebarkan agama Islam sejak berabad-abad lamanya. Ulama-ulama silam ini menulis pelbagai kitab yang menjadi rujukan masyarakat hingga ke hari ini. Antara ulama silam yang menyumbangkan jasa kepada perkembangan Islam di Alam Melayu ialah Syeikh Abdus Samad Al-Falembani.Syeikh Abdus Samad Al-Falembani mempunyai kaitan dengan sejarah kerajaan negeri Kedah pada zaman Sultan Muhammad Jiwa Zain Al-Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710 - 1778) dan zaman Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II atau Marhum Melaka, Sultan Kedah ke-22 (1804 - 1845). Ketika Sultan Abdullah Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-17 (1698 - 1706) bersemayam di Kota Bukit Pinang, putera sulung baginda, Tunku Muhammad Jiwa meminta keizinan baginda untuk melanjutkan pelajaran agama di luar negeri.Tunku Muhammad Jiwa secara sulit meninggalkan Kedah belayar ke Palembang dan di sana beliau berguru dengan Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani, ulama dan pendakwah yang berasal dari Yaman. Selepas...

Tuan Hussein Kedah Al-Banjari - Berjuang Tidak Hirau Batasan Politik

Tahun 1810 Masihi, ketika Kedah sedang berperang dengan Siam, Haji Masoudi bersama ahli keluarga dan beberapa orang anak negerinya singgah di Kuala Kedah dalam perjalanan pulang ke Kalimantan dengan menaiki kapal layar, selepas menunaikan haji. Haji Masoudi dan rombongannya tidak berhajat untuk menetap lama di Kedah kerana kampung asal mereka di Mertapura, Banjar Masin, Kalimantan bagaikan melambai-lambai memanggil pulang, setelah berbulan-bulan di perantauan. Tetapi takdir Allah mengatasi perancangan manusia. Rombongan mereka ditahan oleh Pasukan Penyiasat Kedah. Bukan kerana mereka melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang negeri, tetapi kerana tenaga Haji Masoudi diperlukan untuk menghadapi serangan Siam. Berita kehadiran Haji Masoudi disampaikan ke pengatahuan Raja Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin Shah. Baginda tertarik apabila diberitahu bahawa Haji Masoudi seorang alim yang warak dan handal dalam ilmu kerohanian. Baginda melantik Haji Masoudi sebagai salah seorang panglima unt...

ABU HURAIRAH R.A. (ARTIKEL 1)

Akrab Dengan Kelaparan Tokoh kita ini biasa berpuasa sunah tiga hari setiap awal bulan Qamariah (bulan Arab dalam penanggalan Hijri), mengisi malam harinya dengan membaca Al-Quran dan salat tahajud. Akrab dengan kemiskinan, dia sering mengikatkan batu ke perutnya, guna menahan lapar. Dalam sejarah ia dikenal paling banyak meriwayatkan hadis. Dialah Bapak Kucing Kecil (Abu Hurairah), begitu orang mengenalnya. "Aku sudah dengar pergunjingan kalian. Kata kalian, Abu Hurairah terlalu banyak meriwayatkan hadis Nabi. Padahal, para sahabat muhajirin dan anshar sendiri tak ada yang meriwayatkan hadis Nabi sebanyak yang dituturkan Abu Hurairah. Ketahuilah, saudara-saudaraku dari kaum muhajirin disibukkan dengan perniagaan mereka di pasar. Sementara saudara-saudaraku dari anshar disibukkan dengan kegiatan pertanian mereka. Dan aku seorang papa, termasuk golongan kaum miskin shuffah (yang tinggal di pondokan masjid). Aku tinggal dekat Nabi untuk mengisi perutku. Aku hadir (di samping Nabi) k...

Abu Darda’

Uwaimir bin Malik Al Khazraji yang digelari Abu Darda' bangun dari tidurnya pagi pagi sekali. Setelah itu dia pergi menuju berhala sembahannya di sebuah kamar yang paling istimewa dalam rumahnya. Dia membungkuk memberi hormat kepada patung tersebut, kemudian diminyakinya dengan wangi-wangian termahal yang terdapat dalam tokonya yang besar. Sesudah itu patung tersebut diberi pakaian baru yang terbuat dari sutera megah, yang diperolehnya kemarin dari seorang pedagang yang datang dari Yaman dan sengaja mengunjunginya. Setelah matahari agak tinggi, barulah Abu darda' masuk ke rumah dan bersiap hendak pergi ke tokonya, tiba-tiba jalan di Yastsrib menjadi ramai, penuh sesak dengan para pengikut Nabi Muhammad yang baru kembali dari peperangan Badar. Di muka sekali terlihat sekumpulan tawanan terdiri dari orang-orang Quraisy. Abu Darda' mendekati orang ramai dan bertemu dengan seorang pemuda suku Khazraj. Abu darda' menanyakan kepadanya dimana 'Abdullah bin Rawahah. Pemuda ...

Habib Hassan al-Attas - Tokoh korporat dan pendidik Pahang

Image
Habib Hassan bin Syed Ahmad al-Attas merupakan salah seorang tokoh korporat dan pendidik peringkat awal di negeri Pahang. Iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad al-Muadzam Syah (1836-1914), Sultan Pahang yang pertama. Tokoh ini dipercayai berasal dari Timur Tengah yang datang ke Singapura sejak kecil. Kemudian beliau berpindah ke negeri Pahang untuk mencari kehidupan yang selesa. Hal ini demikian kerana pada waktu itu negeri Pahang mempunyai hasil mahsul yang makmur. Selain seorang korporat, beliau juga terkenal sebagai seorang tokoh agama yang disegani. Malah di samping berniaga pada waktu itu, Habib Hassan juga mementingkan didikan agama. Dalam hal ini, keluarga serta orang-orang yang di bawah jagaannya dipastikan mendapat didikan agama yang sempurna. Pada masa ini, negeri Pahang terkenal dengan hasil bijih timah dan emas. Hasil galian itu didapati di Lembah Sungai Kuantan dan di beberapa tempat di daerah Lipis. Antaranya terdapat di Penjom, Tanum, Telum, Raub, Yong, Sampan, Cheka, ...

Tuan Hussain Kedah

Image
Pelopor Institusi Pengajian Pondok TUAN Hussain Kedah atau nama sebenarnya Hussain bin Nasir bin Muhamad Taib dilahirkan di Titi Gajah, Alor Setar pada 2 November 1863 bersamaan 20 Jamadil Awal, 1280 Hijrah. Tuan Hussain berasal dari keluarga ulama’ yang tinggal di Kalimantan. Pada sekitar tahun 1841 Haji Mas’ud, datuk Tuan Hussain singgah di Sungai Kedah dalam perjalanan pulang ke Kalimantan dari Makkah. Di kesempatan itu Haji Mas’ud telah memainkan peranan penting membantu kerajaan Kedah dalam perang menentang Siam. Walau bagaimanapun, haji Mas’ud telah syahid dalam peperangan itu pada tahun 1842. Melihat keadaan itu, anaknya Muhamad Taib dan ahli keluarga yang lain telah mengambil keputusan untuk menetap di Kedah untuk mencari kehidupan baru. Kelahiran Tuan Hussain dalam keluarga ini terus memberi sinar khususnya dalam perkembangan dakwah Islamiah. Apatah lagi, keluarga Muhamad Taib terdiri di kalangan warisan ulama’. Dalam sejarah perjuangannya, Tuan Hussain merupakan seorang penul...