Posts

Al-Razi - Karyanya menjadi rujukan dunia Eropah

Image
Al-Razi merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yan mengecamnya, mereka tidak setuju dengan sebahagian pendapatnya yang pro-platonisme. Walau bagaimanapun, al-Razi tetap diletakkan dalam senarai ahli falsafah muslim yang terkemuka sehingga ke hari ini. Sumbangannya yang besar dalam bidang perubatan dan kimia sangat berharga kepada generasi selepasnya. Manakala dalam bidang falsafah, al-Razi memberi sumbangan besar dalam menghuraikan falsafah logik, metafizik, moral dan kenabian dengan cara rasional dan harmoni. Oleh sebab itulah al-Razi terkenal sebagai seorang ahli falsafah yang rasional dan murni. Al-Razi atau nama sebenarnya Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, lahir pada tahun 236H bersamaan 850M. Sesetengah pendapat mengatakan yang beliau lahir pada ...

Ali bin Abi Thalib - Penghulu Para Sufi

Di antara sekian banyak sahabat Nabi, hanya Ali bin Abi Thalib-lah yang diberikan sebutan karamallahu wajhah; sebuah sebutan yang juga berarti doa “Semoga Allah memuliakan wajahnya” atau “Allah telah memuliakan wajahnya.” Semua ulama sepakat bahwa doa itu hanya dikhususkan untuk Imam Ali saja seperti halnya sebutan shalallahu ‘alaihi wa alihi wassalam untuk Nabi Muhammad. Ada beberapa riwayat yang menjelaskan hal ini. Salah satu riwayat di antaranya menjelaskan alasan tentang doa itu Pertama, di antara semua sahabat Nabi saw, hanya Ali bin Abi Thalib yang tidak pernah menyembah berhala. Dia masuk Islam dalam usia yang masih kecil sehingga tak sempat beribadat kepada berhala. Artinya, wajahnya tak pernah disujudkan kepada berhala. Ali kecil langsung sujud kepada Allah swt. Alasan kedua, Imam Ali adalah orang yang dikenal tak pernah melihat aurat, baik aurat dirinya sendiri maupun aurat orang lain. Dalam sebuah pertemuan di Shiffin, pasukan Imam Ali bertemu dengan pasukan Muawiyah. Sebel...

Al Khawarizmi: Pengasas ilmu algebra

Image
Baru-baru ini seorang pemimpin di sebuah negara Eropah menyatakan bahawa tamadun barat lebih hebat daripada tamadun Islam. Kenyataan itu bukan sahaja tidak benar tetapi boleh dipersoalkan. Sejarah telah membuktikan betapa tamadun Islam wujud lebih awal daripada tamadun barat. Malahan ketika empayar Islam berada di kemuncak peradaban, benua Eropah masih lagi berada dalam zaman kegelapan. Kejayaan Islam menjajah negara Sepanyol pada awal kurun ke sebelas telah membuka ruang kepada orang-orang barat mempelajari pelbagai ilmu daripada sarjana Islam. Orang barat tidak sekadar belajar tetapi mencedok segala ilmu pengetahuan tersebut termasuk bidang sains, matematik, astronomi dan perubatan sebelum memperkembangkan dalam zaman Renaissance serta revolusi perindustrian. Malahan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tanpa tamadun Islam, barat tidak mempunyai sains dan ilmu pengetahuan. Ilmu sains di barat berkembang berdasarkan ilmu yang diketengahkan oleh para sarjana Islam khususnya semasa ...

Ahmed Hoosen Deedat Mempertahankan Kesucian Islam dengan Berdebat

Image
Beliau kini terlantar lesu di atas katil di rumahnya. Namun, perasaan cintanya terhadap Islam dan keghairahan serta cita-citanya untuk terus berdakwah kepada masyarakat tetap membara. Itulah dia ulama Islam terkemuka, Sheikh Ahmed Deedat, 83, yang kini lumpuh seluruh badan sejak tujuh tahun yang lalu. Beliau kini dijaga dan dirawat di rumahnya oleh isterinya, Hawa sejak beliau diserang angin ahmar pada tahun 1996. Sheikh Ahmed Deedat adalah seorang tokoh Islam yang popular di peringkat antarabangsa kerana pakar dalam membincangkan perbandingan agama. Beliau sering dijemput untuk bersyarah membincangkan soal agama Yahudi dan Nasrani sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu. Beliau kini sekadar dapat berinteraksi dengan mata dengan menggunakan sistem abjad secara berjadual yang dicipta khas bagi hubungan komunikasi dua hala dengan anaknya, Yousuf di rumahnya di di Verulam, Durban, Afrika Selatan. Beliau berkomunikasi dengan mengelipkan kelopak matanya pada papan abjad, memilih abjad untuk me...

Abu Raihan Al-Biruni Pakar Ilmu Fizik yang Ulung

Image
Namanya tidak asing lagi di pentas ilmu sains pada abad pertengahan. Dunia sains mengenalnya sebagai salah seorang putera Islam terbaik dalam bidang falsafah, astronomi, kedoktoran, dan fizik. Wawasan dan pengetahuannya yang demikian luas, meletakkan dirinya sebagai pakar dan ilmuwan Muslim tersohor pada awal abad pertengahan. Ilmuwan tersebut tidak lain adalah Al-Biruni. Nama penuhnya Abu Raihan Muhammad ibn Ahmad Al-Biruni, dilahirkan pada bulan September tahun 973 M, di perkampungan Khawarizm, Turkmenistan. Ia kemudian lebih dikenali dengan nama Al-Biruni. "Al-Biruni" yang bermaksud 'asing', adalah dinisbahkan kepada wilayah tempat tanah kelahirannya, iaitu Turkmenistan. Pada masa itu, kawasan ini sememangnya dikhaskan untuk penempatan orang-orang asing. Dibesarkan dalam keluarga yang taat beragama, Al-Biruni menghabiskan usia mudanya dalam persekitaran masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan. Walaupun tidak banyak catatan sejarah yang mengisahkan latar belakang...

ABU HURAIRAH R.A. (ARTIKEL 2)

Kelahiran dan riwayat hidup beliau: - Nama penuh beliau ialah Abdul Rahman bin Sakhrin Ad-Dausiy. - Beliau dibesarkan dalam keadaan yatim dan beliau pernah bekerja mengambil upah dengan Bisrah binti Ghazwan. - Beliau dilahirkan di Yaman di dalam sebuah keluarga yang fakir dan tidak mempunyai kaum keluarga kecuali ibu beliau. - Pada zaman jahiliah beliau bernama Abdul Syams. Pengislaman beliau: - Beliau memeluk Islam melalui At-Tufail bin Amru Ad-Dausiy dan beliau terus menetap di Yaman di dalam kaum beliau (Kaum Daus) malah beliau tidak pernah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w di Madinah kecuali selepas enam tahun setelah berlaku peristiwa Hijrah. - Rasulullah s.a.w menamakan beliau dengan Abdul Rahman, walau bagaimanapun baginda sering memanggil beliau: "Wahai Abu Hirr!". - Sebab beliau dipanggil dengan Abu Hurairah ialah kerana pada masa kecil beliau mempunyai seekor kucing kecil sebagai teman permainan beliau menyebabkan kawan-kawan beliau memanggil beliau dengan panggi...

More Hot Julia Perez! Enjoy!

Image
Yuli Rachmawati , also known as Julia Perez or Jupe (born July 15, 1980 in Jakarta) is Indonesian actress , dangdut singer , model and announcer. Her career started in France. His relationship with Damien Perez open her opportunity as model in FHM and Maxim magazine in France. Because of her performance in FHM and Maxim, Jupe was nominated as one of 100 most sexy girls.