Posts

Showing posts from 2005

ABU HURAIRAH R.A. (ARTIKEL 1)

Akrab Dengan Kelaparan Tokoh kita ini biasa berpuasa sunah tiga hari setiap awal bulan Qamariah (bulan Arab dalam penanggalan Hijri), mengisi malam harinya dengan membaca Al-Quran dan salat tahajud. Akrab dengan kemiskinan, dia sering mengikatkan batu ke perutnya, guna menahan lapar. Dalam sejarah ia dikenal paling banyak meriwayatkan hadis. Dialah Bapak Kucing Kecil (Abu Hurairah), begitu orang mengenalnya. "Aku sudah dengar pergunjingan kalian. Kata kalian, Abu Hurairah terlalu banyak meriwayatkan hadis Nabi. Padahal, para sahabat muhajirin dan anshar sendiri tak ada yang meriwayatkan hadis Nabi sebanyak yang dituturkan Abu Hurairah. Ketahuilah, saudara-saudaraku dari kaum muhajirin disibukkan dengan perniagaan mereka di pasar. Sementara saudara-saudaraku dari anshar disibukkan dengan kegiatan pertanian mereka. Dan aku seorang papa, termasuk golongan kaum miskin shuffah (yang tinggal di pondokan masjid). Aku tinggal dekat Nabi untuk mengisi perutku. Aku hadir (di samping Nabi) k...

Abu Darda’

Uwaimir bin Malik Al Khazraji yang digelari Abu Darda' bangun dari tidurnya pagi pagi sekali. Setelah itu dia pergi menuju berhala sembahannya di sebuah kamar yang paling istimewa dalam rumahnya. Dia membungkuk memberi hormat kepada patung tersebut, kemudian diminyakinya dengan wangi-wangian termahal yang terdapat dalam tokonya yang besar. Sesudah itu patung tersebut diberi pakaian baru yang terbuat dari sutera megah, yang diperolehnya kemarin dari seorang pedagang yang datang dari Yaman dan sengaja mengunjunginya. Setelah matahari agak tinggi, barulah Abu darda' masuk ke rumah dan bersiap hendak pergi ke tokonya, tiba-tiba jalan di Yastsrib menjadi ramai, penuh sesak dengan para pengikut Nabi Muhammad yang baru kembali dari peperangan Badar. Di muka sekali terlihat sekumpulan tawanan terdiri dari orang-orang Quraisy. Abu Darda' mendekati orang ramai dan bertemu dengan seorang pemuda suku Khazraj. Abu darda' menanyakan kepadanya dimana 'Abdullah bin Rawahah. Pemuda ...

Habib Hassan al-Attas - Tokoh korporat dan pendidik Pahang

Image
Habib Hassan bin Syed Ahmad al-Attas merupakan salah seorang tokoh korporat dan pendidik peringkat awal di negeri Pahang. Iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad al-Muadzam Syah (1836-1914), Sultan Pahang yang pertama. Tokoh ini dipercayai berasal dari Timur Tengah yang datang ke Singapura sejak kecil. Kemudian beliau berpindah ke negeri Pahang untuk mencari kehidupan yang selesa. Hal ini demikian kerana pada waktu itu negeri Pahang mempunyai hasil mahsul yang makmur. Selain seorang korporat, beliau juga terkenal sebagai seorang tokoh agama yang disegani. Malah di samping berniaga pada waktu itu, Habib Hassan juga mementingkan didikan agama. Dalam hal ini, keluarga serta orang-orang yang di bawah jagaannya dipastikan mendapat didikan agama yang sempurna. Pada masa ini, negeri Pahang terkenal dengan hasil bijih timah dan emas. Hasil galian itu didapati di Lembah Sungai Kuantan dan di beberapa tempat di daerah Lipis. Antaranya terdapat di Penjom, Tanum, Telum, Raub, Yong, Sampan, Cheka, ...

Tuan Hussain Kedah

Image
Pelopor Institusi Pengajian Pondok TUAN Hussain Kedah atau nama sebenarnya Hussain bin Nasir bin Muhamad Taib dilahirkan di Titi Gajah, Alor Setar pada 2 November 1863 bersamaan 20 Jamadil Awal, 1280 Hijrah. Tuan Hussain berasal dari keluarga ulama’ yang tinggal di Kalimantan. Pada sekitar tahun 1841 Haji Mas’ud, datuk Tuan Hussain singgah di Sungai Kedah dalam perjalanan pulang ke Kalimantan dari Makkah. Di kesempatan itu Haji Mas’ud telah memainkan peranan penting membantu kerajaan Kedah dalam perang menentang Siam. Walau bagaimanapun, haji Mas’ud telah syahid dalam peperangan itu pada tahun 1842. Melihat keadaan itu, anaknya Muhamad Taib dan ahli keluarga yang lain telah mengambil keputusan untuk menetap di Kedah untuk mencari kehidupan baru. Kelahiran Tuan Hussain dalam keluarga ini terus memberi sinar khususnya dalam perkembangan dakwah Islamiah. Apatah lagi, keluarga Muhamad Taib terdiri di kalangan warisan ulama’. Dalam sejarah perjuangannya, Tuan Hussain merupakan seorang penul...

Tok Kenali - Tokoh Intelektual Islam Kelantan

Tok Kenali (Muhammad Yusof bin Ahmad) 1870-1933 merupakan seorang ulama sekaligus seorang intelektual Islam dari negeri Kelantan yang memandang penting tentang pendidikan Islam di negeri itu. Malah ilmu yang dimilikinya tersebar luas ke Nusantara. Tokoh ini dilahirkan di Kampung Kenali, Kota Bharu, Kelantan. Beliau menuntut di Mekah selama 22 tahun dan kembali ke tanahair pada tahun 1909. Mempunyai semangat yang kental bagi menyebarkan Islam serta pendidikannya, Tok Kenali mendirikan pusat pengajian pondok Kendali pada tahun 1911. Institusi pondok ini kemudiannya menjadi pusat pengajian Islam yang dikenali hingga kini. Semasa hayatnya beliau menjadi guru agama di Masjid Besar Al-Muhammadi. Dilantik menjadi anggota Majlis Ulama Kelantan. Menjadi anggota Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Kelantan. Pernah menjawat jawatan Penolong Mufti dan menjadi Ketua Pelajaran Agama Islam. Pada 11 Julai 1918 bersamaan 1 Syawal 1336, tokoh ini mengasaskan majalah Pengasuh yang diterbitkan ol...

Syeikh Tahir Jalaluddin - Ulama bawa pemodenan di Tanah Melayu

Syeikh Tahir Jalaluddin seorang tokoh pejuang pembaharuan yang jarang diperkatakan orang. Bahkan ramai genarasi kini tidak mengenalinya. Muhammad Tahir Jalaluddin al-Azhari al-Falaki dilahirkan di Kota Gedang, Sumatera (setengah pengkaji mengatakan Bukit Tinggi, Sumatera atau Kota Tua Ampek Angkek, Bukit Tinggi), pada bulan Ramadan 1286 Hijrah, sekitar 9 Disember 1869 Masehi. Beliau pernah belajar di Makkah dan Mesir sewaktu remaja. Di Makkah, Syeikh Tahir belajar ilmu mantik dan kemudian memberi penekanan kepada nahu. Setelah itu beliau mendalami ilmu fiqh dan seterusnya sirah. Beliau dapat menguasai bahasa Arab serta boleh bercakap dalam bahasa Belanda dan Inggeris. Semasa di Makkah beliau dilantik oleh Syeikh Ahmad Khatib sebagai guru pembantu dan mengajar jemaah haji dari Nusantara. Setelah 13 tahun di Makkah beliau tergerak hati hendak pulang ke tanah air. Tetapi niatnya tidak tercapai apabila mengenangkan kekejaman Belanda. Beliau singgah di Pulau Pinang sahaja. Kemudian beliau m...

Syeikh Al-Marbawi

Image
Syeikh Al-Marbawi Terkenal kerana kamus Melayu-Arab SYEIKH Muhammad Idris Bin Abd al-Rauf al-Marbawi (1893-1989), lebih tersohor sebagai tokoh persuratan Arab-Melayu di kalangan masyarakat Malaysia dan Nusantara. Qamus al-Marbawi yang telah dihasilkan pada tahun 1927 telah memasyhurkan beliau sehingga ke hari ini. Biarpun usia kamus tersebut sudah hampir 80 tahun, khazanah ilmu ini terus digunakan oleh pengkaji, pelajar, dan masyarakat di Asia Tenggara. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia iaitu kira-kira pada tahun 1913 . Sejak dari kecil lagi, al-Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Sekembalinya ke tanah air beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh...

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH - Bukti Islam tidak mengguna kekerasan Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh? Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana s...

Sumayyah - Syahid Islam yang pertama

Kafilah dari Yaman itu sudah seharian berjalan merentasi padang pasir untuk ke Mekah. Banyak barang dagangan yang dibawa untuk urusan niaga di Kaabah yang terkenal. Tiga beradik dari Bani Qahtan, al-Haris, Malik dan Yasir turut berada dalam kafilah tersebut. Mereka tiada niat untuk berdagang tetapi mahu mencari seorang saudara yang hilang. Jauh di sudut hati mereka berharap untuk bertemu saudara yang hilang itu di Mekah kerana kota itu terkenal sebagai tempat pertemuan semua kaum Arab. Kedatangan kafilah dagang itu disambut meriah oleh penduduk Quraisy Mekah. Tiga beradik itu pun berpisah dari kafilah. Mereka meneroka seluruh kota Mekah untuk mencari saudara yang hilang. Yasir yang tajam pengamatan terpesona dengan kemakmuran Mekah. Saudara yang dicari tidak ditemui, sebaliknya dia mengambil keputusan untuk menetap di sana. Berpisahlah anak muda itu daripada dua orang saudaranya apabila mereka mengambil keputusan untuk balik semula ke Yaman. Yasir sebatang kara di Mekah. Corak masyarak...