Posts

Showing posts from March, 2006

Syeikh Abdus Samad Al-Falembani - Ulama Ulung Rantau Melayu

ALAM Melayu mempunyai ramai ulama yang menyebarkan agama Islam sejak berabad-abad lamanya. Ulama-ulama silam ini menulis pelbagai kitab yang menjadi rujukan masyarakat hingga ke hari ini. Antara ulama silam yang menyumbangkan jasa kepada perkembangan Islam di Alam Melayu ialah Syeikh Abdus Samad Al-Falembani.Syeikh Abdus Samad Al-Falembani mempunyai kaitan dengan sejarah kerajaan negeri Kedah pada zaman Sultan Muhammad Jiwa Zain Al-Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710 - 1778) dan zaman Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II atau Marhum Melaka, Sultan Kedah ke-22 (1804 - 1845). Ketika Sultan Abdullah Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-17 (1698 - 1706) bersemayam di Kota Bukit Pinang, putera sulung baginda, Tunku Muhammad Jiwa meminta keizinan baginda untuk melanjutkan pelajaran agama di luar negeri.Tunku Muhammad Jiwa secara sulit meninggalkan Kedah belayar ke Palembang dan di sana beliau berguru dengan Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani, ulama dan pendakwah yang berasal dari Yaman. Selepas

Tuan Hussein Kedah Al-Banjari - Berjuang Tidak Hirau Batasan Politik

Tahun 1810 Masihi, ketika Kedah sedang berperang dengan Siam, Haji Masoudi bersama ahli keluarga dan beberapa orang anak negerinya singgah di Kuala Kedah dalam perjalanan pulang ke Kalimantan dengan menaiki kapal layar, selepas menunaikan haji. Haji Masoudi dan rombongannya tidak berhajat untuk menetap lama di Kedah kerana kampung asal mereka di Mertapura, Banjar Masin, Kalimantan bagaikan melambai-lambai memanggil pulang, setelah berbulan-bulan di perantauan. Tetapi takdir Allah mengatasi perancangan manusia. Rombongan mereka ditahan oleh Pasukan Penyiasat Kedah. Bukan kerana mereka melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang negeri, tetapi kerana tenaga Haji Masoudi diperlukan untuk menghadapi serangan Siam. Berita kehadiran Haji Masoudi disampaikan ke pengatahuan Raja Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin Shah. Baginda tertarik apabila diberitahu bahawa Haji Masoudi seorang alim yang warak dan handal dalam ilmu kerohanian. Baginda melantik Haji Masoudi sebagai salah seorang panglima unt