Posts

Showing posts from April, 2005

Hassan Al Banna: Semarak Perjuangannya Masih Terasa

Image
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As-Syahid Imam Hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalam hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.Imam Hassan Al-Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiya yang terletak di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal da…

Fathimah penasihat yang dikagumi

Fathimah binti Al-Walid Al Mughirah merupakan salah seorang wanita yang memiliki pegangan teguh terhadap seseuatu perkara. Sifatnya yang berwibawa itu seharusnya dicontohi oleh kaum wanita Islam. Beliau selain bijak, berani mengeluarkan pendapat secara terbuka apabila menghadapi masalah. Keadaan ini menjadikan Fathimah seringkali menjadi tempat rujukan apabila menghadapi masalah. Setiap pandangan yang diberikannya itu akan diterima oleh setiap orang termasuk kaum lelaki. Sedangkan ketika itu di bumi Arab budayanya amat memandang rendah pada kaum wanita sehinggalah kedatangan agama Islam. Cahaya keimanan Islam mula menyinari hidup Fathimah ketika peristiwa penaklukan Kota Makkah. Beliau menerima Islam bersama suaminya Al-Haris bin Hisyam. Walaupun keislamannya agak akhir namun sikapnya amat terpuji. Fathimah bt. Al-Walid Al Mughirah ialah saudara Khalid Al-Walid panglima Islam yang terkenal. Sifat Fathimah yang suka memberi nasihat menyebabkan Khalid Al-Walid sering meminta nasihat Fat…

Dr. Yusuf al-Qardhawi

Membincangkan wacana pemikiran Islam moden, kita tidak boleh mengabaikan nama Dr. Yusuf al Qardhawi. Ini kerana pemikiran-pemikirannya yang bijak disokong oleh dalil-dalil yang kuat, banyak dijadikan rujukan oleh umat Islam, terutama dalam menghadapi permasalahan semasa. Banyak buku ulama kelahiran Mesir ini yang beredar di rantau ini. Antaranya, Fatwa-fatwa Kontemporari, Islam Ekstrem, Menyatukan Pemikiran Pejuang Islam, Ulama versus Tirani, dan Agenda Permasalahan Umat.Pada pandangan Qardhawi, umat Islam sudah lama menghidap krisis identiti yang akut akibat perang pemikiran (ghazwul fikr) Barat yang tidak mengkehendaki Islam bangkit semula. Umat Islam kini seolah-olah sudah tidak percaya lagi kepada agamanya sendiri, justeru lebih percaya kepada peradaban Barat. Sebab itu umat Islam masih di bawah cengkaman peradaban Barat.Qardhawi adalah salah seorang intelektual yang tidak jemu-jemunya menggilap maruah umat Islam dengan cara secara berterusan menyebarkan pemikiran Islam yang benar…

Atikah Memperincikan Dengan Perasaan

Suasana gawat di kota Mekah memaksa Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah bagi mencari medan dakwah yang baru. Ditemani Abu Bakar as-Siddiq, dua sahabat ini memulakan perjalanan mereka. Selepas menyembunyikan diri di Gua Hira’ selama tiga hari dengan bekalan makanan yang dihantar oleh puteri Abu Bakar sendiri, iaitu Asma’, mereka berdua meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Yatbrib (Madinah). Perjalanan mereka disertai dua orang rakan lain iaitu Amir bin Fuhairah dan Abdullah bin Uraiqith. Berempat mereka merentasi padang pasir, gunung-ganang serta merempuh ribut pasir atas satu misi agung. Mereka mesti sampai ke Madinah untuk meneruskan agenda menyebarkan Islam kepada penduduk di sana. Jika tidak, Islam akan mati tanpa sempat tersebar luas. Kekurangan makanan dalam perjalanan itu sama sekali tidak melemahkan semangat mereka. Begitu juga orang kafir Quraisy yang sedang memburu mereka sejak di Mekah lagi, tidak menerbitkan rasa gentar di jiwa. Suatu hari ketika rombongan …

Arwa berdakwah dalam syair

Keistimewaannya terletak pada kepintarannya bersyair dan fasih berbicara. Kelebihan itu melengkapkan lagi pakejnya sebagai wanita dari kalangan anak bangsawan Mekah. Arwa binti Abdul Mutalib bin Hashim merupakan ibu saudara Rasulullah s.a.w, antara orang pertama yang menerima Islam, juga tersenarai dalam kalangan mereka yang berhijrah ke Madinah serta banyak berjuang mempertahankan Islam.Di kalangan enam orang puteri-puteri Abdul Mutalib - Ummu Hakim (dikenali juga sebagai al-Baidhaa’), Atikah, Barrah,Umaimah, Arwa dan Shafiyah - hanya dia dan Shafiyah sahaja yang memeluk Islam. Ibunya bernama Fatimah binti Amru, tetapi ada riwayat lain menyatakan ibunya adalah Shafiyah binti Jundub. Pada zaman jahiliah, Arwa berkahwin dengan Umair bin Wahab bin Abdul Manaf dan mendapat anak lelaki bernama Kulaib. Selepas Umair meninggal dunia, dia berkahwin pula dengan Arta’ah bin Syurahbil bin Hashim dan beroleh cahaya mata perempuan bernama Fatimah. Puteranya, Kulaib (sesetengah riwayat menyatakan …

Al-Battani : Ahli Falak Islam Terunggul

Minat manusia terhadap kejadian angkasa dan alam semesta telah bermula sejak ribuan tahun yang lalu. Di kalangan pengembara dan pelayar, mereka menjadikan bintang yang terdapat langit sebagai "kompas" dan pemandu arah kepada perjalanan mereka supaya tidak tersesat di padang pasir serta lautan yang terbentang luas. Keadaan langit yang cerah dan tidak berawan pada waktu malam di kawasan gurun membolehkan kerdipan bintang dilihat dengan jelas. Ini telah menimbulkan bukan sahaja perasaan takjub tetapi juga ingin tahu kepada mereka yang mahu menggunakan akalnya untuk memikirkan segala kejadian Tuhan.

Seruan supaya manusia sentiasa berfikir, mengkaji dan menuntut ilmu terkandung di dalam ajaran Islam. Sebab itu, apabila Islam bertapak di tanah Arab, ilmu pengetahuan, seperti falsafah, sains, astronomi dan seni turut mengalami perkembangan yang pesat. Kelahiran para cendikiawan Islam dalam bidang-bidang tersebut merupakan bukti yang kukuh bahawa Islam menggalakkan umatnya sentiasa m…

Abdullah Al-Idris : Pakar Geografi Pembuat Peta Dunia

UMAT manusia patut berterima kasih pada tokoh ini iaitu Abdullah Al-Idris (1099-1166 M). Dilahirkan dengan nama penuh Abu Abdullah Muhammad Ibn Muhammad Ibn Abdullah Ibn Idris Ash-Sharif di kalangan ilmuwan dan masyarakat Barat dan dunia umumnya, Al-Idris dikenal sebagai seorang ahli geografi, dan pencipta peta dunia daripada perak seberat 400 kilogram. Berkat karyanya ini, umat manusia dapat mengetahui di mana letak benua atau kawasan tertentu yang ingin dituju. Beberapa pelajar di institusi pengajian tinggi menyanjung ilmuwan kelahiran Ceita, Sepanyol ini sebagai ahli geografi dan kartografi terbesar pada abad pertengahan. Idris atau Al-Sharif Al-Idris Al-Qurtubi juga memberi sumbangan dalam bidang ilmu kedoktoran. Idris menghabiskan zaman persekolahannya di Cordova. Seperti kebanyakan ahli geografi lainnya, ia melakukan pengembaraan ke pelbagai tempat, dari satu negara ke negara lain nya, dan dari satu benua ke benua lainnya untuk mengumpulkan data geografi. Kebanyakan ahli geografi…

Al-Idrisi pencipta glob dunia (Artikel 2)

Sistem pemetaan hampir tepat menjadi warisan berharga serta rujukan orang awam, khususnya ilmuwan Eropah.

Hari ini lebih 2,000 satelit mengelilingi bumi berfungsi mengumpulkan maklumat sejelas mungkin supaya manusia dapat memahami fizikal bola angkasa yang menjadi kediaman mereka.

Bagaimanapun, pada kurun ke-12, keadaan sebenar bumi sudah digambarkan tanpa teknologi angkasa oleh ilmuwan Islam, Al-Idrisi atau nama sebenarnya Abu Abdullah, Muhammad bin Abdullah bin Idris Al-Hammudi Al-Hasani Al-Qurtubi.

Siri Ilmuwan Islam malam ini, terbitan Mohd Fasil Mohd Idris memaparkan gambaran mengenai bumi dan sistem pemetaan Al-Idrisi yang tidak bercanggah dengan ilmu geografi moden.

Ketokohan beliau diakui ilmuwan masa kini, Prof Madya Mustapha Kamal Idris dari Jabatan Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Sastera Universiti Malaya, yang menggunakan perisian Al-Idrisi sebagai perisian utama untuk menghasilkan peta.

Sementara Prof Dr Achaaban Ahmad, pensyarah Fakulti Sains Sosial, Universiti Hassan II, …