Posts

Showing posts from September, 2007

Tokoh2 Islam (Antara Ringkasan)

Ibn Bajjah Umat Islam dipercayai telah sampai ke Sepanyol pada zaman sahabat lagi. Kedatangan mereka telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat di sana khususnya dalam bidang yang berkaitan keilmuan dan ketarnadunan. Bahkan kesan tamadun Islam masih dapat dilihat sehingga ke hari ini. Ibn Maskawaih Orang yang mengasaskan teori evolusi bn Maskawaih atau nama sebenarnya Abu Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Yaakub bin Maskawaih merupakan ilmuwan Islam yang terpenting. Walaupun pemikiran falsafahnya tidak banyak dibicarakan tetapi beliau telah mengemukakan berbagai-bagai teori falsafah penting yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah tokoh-tokoh selepasnya. Ibn Haitham Kajian sainsnya digunakan oleh BaratIslam sering kali diberikan gambaran sebagai agama yang rnundur lagi memundurkan. Islam juga dikatakan tidak menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai pelbagai lapangan ilmu. Kenyataan dan gambaran yang diberikan itu bukan sahaja tidak benar tetapi bertentangan dengan hakikat sejar

Ummi Ruman diuji derita Aisyah

Kedudukannya sebagai isteri orang kanan Rasulullah s.a.w dan ibu kepada seorang Ummul Mukminin meletakkan namanya dalam senarai Muslimah yang dihormati dalam sirah Islam. Ummi Ruman binti Amir bin Uwaimir bin Abdu Syams bin Attab bin Uzainah bin Subaik bin Dahman bin al-Haris bin Ghunm bin Malik bin Kinanah, seorang perawi hadis, antara wanita pertama yang menyertai hijrah ke Madinah dan wanita yang banyak menghabiskan usianya untuk beribadah. Ummi Ruman dikenali kerana dia isteri Sayidina Abu Bakar as-Siddiq, sekali gus ibu kepada wanita tersohor dunia Islam, Sayidatina Aisyah Abu Bakar. Pada zaman jahiliah, wanita ini pernah berkahwin dengan Abdullah bin al-Haris al-Azdi dan selepas kematian suaminya itu, dia berkahwin pula dengan Abu Bakar dan beroleh dua cahaya mata iaitu Aisyah dan Abdul Rahman. Ummi Ruman dikenali sebagai wanita jelita dan kejelitaannya itu pernah diungkapkan oleh Rasulullah, ‘sesiapa yang ingin melihat wanita dari huril-ain (bidadari syurga) maka lihatlah Ummi R

UMAR MUKHTAR: Singa Padang Pasir yang Digeruni

KEMERDEKAAN merupakan impian setiap manusia. Tiada manusia yang sanggup dibelenggu oleh penjajahan dan penindasan. Apabila hal ini berlaku, manusia akan tampil memberontak dan berusaha membebaskan diri mereka ataupun negara mereka dari cengkaman tersebut. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai Umar Mukhtar, wira kebanggan rakyat yang namanya bersemadi di dalam hati sanubari rakyat Libya hingga ke hari ini. Sedari usia muda beliau bangun memperjuangkan kemerdekaan negaranya daripada dibelenggu oleh cengkaman kuasa fasis Itali walaupun akhirnya Umar Mukhtar terpaksa syahid di tali gantung. Namanya terpahat kukuh dalam tinta emas, menjadi inspirasi dan dianggap simbol keagungan dalam usaha membebaskan Libya daripada belenggu penjajahan. Umar Al Mukhtar telah dilahirkan pada tahun 1862 dan merupakan putera kepada Mukhtar bin Umar dan Aiesha binti Muhareb. Dia berasal daripada suku Boray dan Al Manfah. Sebagai seorang remaja, beliau didoktrinkan berdasarkan ideologi gerakan Sanusiah. Pada