Saudah - Isteri tua yang taat
Para sahabat dapat merasakan kesepian Rasulullah s.a.w selepas kematian isterinya, Sayidatina Khadijah Khuwailid. Sebagai seorang pemimpin masyarakat, mereka faham kesibukan Rasulullah dan baginda memerlukan seorang isteri untuk menguruskan rumah dan anak-anak baginda. Tetapi siapakah wanita yang paling layak untuk diperisterikan baginda? Seorang sahabat wanita, Khaulah Hakim tampil mengusulkan agar Rasulullah melamar Aisyah Abu Bakar. Tetapi Aisyah ketika itu masih mentah dan belum sesuai untuk memikul tugas sebagai seorang isteri. Sementara menunggu Aisyah matang dua atau tiga tahun lagi, seseorang perlu berada di rumah Rasulullah bagi menguruskan rumah dan anak-anak baginda. Bagi para sahabat, calon paling sesuai ialah Saudah Zam’ah, wanita Bani Adi bin Najar yang sudah bertahun-tahun menjanda. Seluruh masyarakat mengenali Saudah sebagai muslimah yang tabah. Dia dan suaminya antara orang yang mengikuti hijrah pertama ke Habsyah pada zaman awal perkembangan Islam. Ketika itu, masyara...