Posts

Showing posts from June, 2007

Imam Bukhari mampu hafal 600,000 hadis

Imam Bukhari mampu hafal 600,000 hadisIMAM Bukhari atau sebenarnya Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Bardazbah bin Bazzabah al-Ja'fy’, seorang ulama yang cerdas. Beliau mempunyai daya ingatan sangat kuat apabila mampu menghafal tidak kurang 600,000 hadis. Ahli hadis terkemuka ini lahir pada Jumaat tanggal 13 Syawal 194 Hijrah atau 21 Julai 810 dan wafat pada 30 Ramadan 256 Hijrah atau 21 Julai 860, pada usia 60 tahun. Kekuatan hafalannya pernah diuji ulama besar di Baghdad, Iraq, ketika Imam Bukhari baru berusia 25 tahun. Suatu hari, Imam Bukhari yang masih muda itu diundang ke Iraq untuk menghadapi 10 ulama besar. Dalam pertemuannya, setiap ulama mengemukakan 100 hadis yang diputarbelitkan susunan kata-katanya dan Imam Bukhari diminta membetulkannya. Selepas 10 ulama itu habis berbicara, Imam Bukhari mula menjawab dan memperbetulkan semua 100 hadis yang sudah diputarbelitkan itu secara satu persatu. Malah, dengan tenang ditunjukkannya bahagian yang k...