Biodata Mawi (Asmawi Ani)


Nama
Asmawi bin Ani

Lahir
25 Ogos 1981 (umur 27)

Asal
Kulai, Johor, Malaysia

Genre
Pop, Ballad, Nasyid

Pekerjaan
Penyanyi, Pelakon, Model, Duta

Alat muzik
Vokal

Tahun aktif
2005–kini

Label
Life Records

Asmawi Ani atau Mawi (lahir 25 Ogos 1981) merupakan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 3 di Malaysia pada tahun 2005. Pada mulanya, dia telah tersingkir daripada konsert prelude namun dia diserap kembali di akhir konsert minggu pertama berdasarkan pemilihan juri terhadap 8 pelajar yang tersingkir itu. Dia memulakan pembelajaran di Akademi Fantasia bersama Marsha di minggu kedua. Mawi telah melakar pelbagai kemenangannya terhadap kesemua pertandingan yang dimenanginya sehinggakan digelar Raja SMS kerana sering mengungguli anugerah melalui undian SMS sebelum timbul kontroversi terhadap dirinya daripada pihak media.

Dalam masa tiga bulan sepanjang pertandingan ini berlangsung, beliau terus menjadi seorang ikon negara setanding dengan penyanyi terkenal tanah air seperti Siti Nurhaliza. Asmawi memenangi Akademi Fantasia 3 dengan kemenangan yang mudah dan sudah dijangka lagi, tidak seperti juara-juara Akademi Fantasia sebelumnya. Akibat daripada kemenangannya, satu fenomena Mawi telah muncul di Malaysia.

Hanya memerlukan tidak kurang daripada setengah tahun sahaja, beliau telah berjaya menjadi seorang jutawan hasil daripada tajaan-tajaan yang mencurah-curah dan jualan album yang sangat memberangsangkan terhadapnya.

Mawi terkenal dengan frasa "World" dan seringkali disahut oleh peminatnya, "Mawi World!". Sungguhpun beliau kini popular, namun terdapat 1 perkara yang paling mengecewakan peminat-peminatnya malahan telah mencalarkan sedikit popularitinya ialah apabila beliau memutuskan ikatan pertunangannya dengan Nordiana Mohd Naim atau Ina Naim yang kini mengikuti jejak langkahnya sebagai penyanyi. Ibarat kata orang tua-tua, jodoh di tangan Tuhan. Akan tetapi, tindakannya untuk berpisah dengan Nurdiana tersebut bukan sahaja mengecewakan kedua-dua buah keluarga malahan kerabat diraja Johor iaitu Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail sendiri turut berasa kecewa kerana Mawi telah melanggar amanat baginda untuk menjaga tunangannya itu dan menjadikan beliau sendiri sebagai contoh dan ikon utama negeri Johor. Sungguhpun kedua-duanya sudah berpisah tetapi hubungan mereka masih amat baik. Malahan Mawi sendiri pernah mengingatkan bekas tunangnya supaya berhati-hati apabila hidup sebagai artis

Perkahwinan Mawi & Ekin

Pada 21 Oktober 2008, menerusi Astro Awani dari Hotel Palace of the Golden Horses, Mawi mengumumkan akan berkahwin dengan gadis pilihan Nora Asyikin Rahmat dari negeri Johor juga .Majlis pernikahan akan diadakan di masjid Johor Bahru . Malamnya majlis resepsi keluarga Ekin di Stadium Tertutup Johor Bahru. Pada 28 Disember 2008, majlis resepsi di Dewan Felda Taib Andak, Kulai. Pada 11 Januari 2008, majlis resepsi di Hotel Palace of the Golden Horses dengan tema Arabia. Beliau memilih Ekin kerana berjaya menggembirakan ibunya Ramlah Sarlan.

Konsert percuma di Padang Felda Taib Andak pada 27 Disember 2008 bersama barisan artis Akademi Fantasia (AF). Sidang media itu disertai oleh Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maestro Talent & Management Sdn Bhd, Freddie Fernandez.

Pencapaian

2005

* Juara Akademi Fantasia Musim 3

* Anugerah Bintang Popular 2005
o Bintang Paling Popular
o Penyanyi Lelaki Popular
o Artis Baru Lelaki Popular
* MTV Awards 2005
o Artis Paling Popular Malaysia

2006

* Anugerah Bintang Popular 2006
o Bintang Paling Popular
o Penyanyi Lelaki Popular
o Artis Berkumpulan/Duo Popular (bersama Jamal Abdillah)

* Hits 1 (RTM1/Malaysia)
o Lagu Terbaik 2006 - "Lagu Jiwa Lagu Cinta"

* Anugerah Juara Lagu 2005 (TV3/Malaysia)
o Persembahan Terbaik - "Aduh Saliha"
o Kategori Etnik Kreatif - "Aduh Saliha"

* Anugerah Era 2006
o Penyanyi Lelaki Popular
o Lagu Balada Popular - "Kian"
o Lagu Etnik Popular - "Aduh Saliha"
o Artis SMS Digi
o Lagu Paling Popular 2005 - "Aduh Saliha"
o Video Klip Popular - "Lagu Jiwa Lagu Cinta" (arahan Mamat Khalid)

* Anugerah Planet Muzik 2006
o Lagu Paling Popular - "Aduh Saliha"

2007

* Anugerah Juara Lagu 2007
o Persembahan Terbaik - "Angan Dan Sedar"

* Anugerah Planet Muzik 2007
* Lagu Paling Popular - "Kian"
* Artis Lelaki Paling Popular

Album

* Best Of Mawi World (Ogos 2005) Jualan 165,000 unit
* Mawi... Yang Tercinta (November 2005) Jualan 126,000 unit
* Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu (April 2006) Jualan 118,000 unit
* Mawi Yang Tercinta MTV Karaoke (2006)
* Selingkar Kisah (Kehidupan Seharian Mawi di AF) (2006)
* Satu Dalam Seribu (2007)

Filem

* Aduh Saliha (akan datang)

sumber:http://rumahselebriti.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Profil Vitalia Sesha Model Di Kasus Suap Daging Impor - Tercanggih

Profile dan biodata Angkasa Band

Talent Pilihan SlideGossip : Andrean Saputra