HASAN AL – BASRI
Sebelum Hasan menjadi seorang sufi, beliau ialah seorang jauhari ( peniaga intan berlian ).
Satu hari beliau pergi ke satu tempat bernama Rum ( Di Asia Minor ) kerana berniaga, dan pergi berjumpa menteri sultan. Menteri itu berkata kepada beliau, “ Anda hendaklah menunggu beberapa hari lagi kerana pada masa ini menemankan sultan dalam satu kerja pentingnya. Jika anda mahu, anda bolehlah bersama kami.” Hasan pun berangkatlah bersama sultan, menteri dan lain-lain. Mereka masuk ke satu hutan yang luas. Di tengah hutan itu ada terdiri sebuah khemah yang hebat, yang di kawal oleh askar-askar. Pegawai-pegawai tentera masuk ke khemah itu dan kemudian keluar. Kemudian mereka berjalan mengelilingi khemah itu, dan kemudia pergi. Setelah itu tiba pula orang-orang tua yang kehormatan masuk ke khemah itu, berkata sesuatu, kemudian keluar, lalu mengelilingi khemah itu dan pergi. Kemudian datang pula golongan-golongan pakar-pakar perubatan dan berbuat demikian juga. Kemudian giliran dua ratus orsng gadis yang cantik-cantik pula berbuat demikian. Akhirnya datanglah sultan dengan menterinya ; baginda masuk ke dalam khemah itu, berkata sesuatu, keluar dan mengelilingi khemah itu dan terus pergi.
Hasan hairan melihat peristiwa itu. Beliau bertanya kepada menteri yang menemaninya itu. Kata menteri tersebut, “ Sultan itu mempunyai anak yang lawa dan berani telah meninggal dunia di sini. Anak itu di kuburkan di tempat khemah itu terdiri. Tiap-tiap tahun kami mengunjungi tempat ini dan melakukan upacara yang tuan baru saksikan tadi. Mula-mulanya pihak tentera pergi ke kubur itu dan berkata kepada yang berkubur di situ ia itu anak raja itu, “ Jikalah dengan senjata kami , dapat kami menyelamatkan kamu dari Tuhan Kematian, akan kami kurbankan nyawa kami untuk menyempurnakan tujuan itu, tetapi apakah daya kami tidak berupaya.” Kemudian datang pula pihak candakiawan yang berkata, “ Jikalau ilmu dan pengalaman kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, tetapi apakan daya kami tidak berupaya “. Kemudian datang pula, pihak tabib, berkata, ‘ Jika ubat-ubat kami dapatmenyelamatkan kamu dari mati, tentu kami akan berusaha menyelamatkan kamu, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya.’ Kemudian pihak gadis-gadis yang cantik itu pula berkata, ‘ Jikalau kecantikan kami dapat menyelamatkan kamu dari mati, nescaya kami kurbankan apa sahaja untuk kamu, tetapi apakan daya, kami tidak berupaya’ Selepas itu, datang pula sultan di temani oleh menteri-menterinya dan berkata, ‘ Anak ku ! kami berusaha sedaya-uapay dengan kekuatan tentera, tabib-tabib dan lain-lain untuk menyelamatkan kamu dari mati, namun takdir Tuhan tetap berlaku jua. Selamatlah kamu tinggal di sini dan kami akan datang lagi tahun depan, pada masa ini juga “.
Peristiwa ini sangat mengharukan fikiran Hasan dan mengubah sikapnya. Beliau menghabiskan hidupnya dengan beribadat kepada Allah dan bersedia untuk menghadapi mati. Beliau kembali ke Basrah. Perniagaannya di tinggalkan. Beliau pergi jauh dari manusia ramai dan bersumpah tidak akan senyum sepanjang hidupnya. Tujuh puluh tahun lamanya beliau tidak berhenti-henti beribadat kepada Allah. Dalam hidupnya hanya satu sahaja keperluan dan tujuannya iaiatu Allah. Dia tidak peduli apa sahaja selain Allah.
Apabila Rabi’atul-adawiyah Al-Basriyyah ( 803 Masehi ) tidak datang menghadiri syarahan Hasan, ia tidak akan memberi syarahan hari itu. Orang bertanya kenapa beliau bersikap demikian. Jawabnya, “ Serbat yang ada di dalam bekas untuk gajah tidak dapat di muatkan dalam bekas untuk semut.”
Semasa beliau bersyarah dalam keadaan dzauk ( mabuk terhadap Allah ) beliau berterima kasih kepada Rabi’atul adawiyah dengan katanya, “ Saya berterima kasih kerana berkat mu, membawa ku ke dalam mabuk cinta kepada Allah ( dzauk )”
Beliau pernah di tanya, “ Apakah Islam dan siapakah orang Islam ? “ Hasan menjawab, “ Islam itu dalam kitab-kitab dan orang Islam itu dalam kubur “.
Kata-kata Hasan
1. Janganlah kamu tinggalkan amalan ugama mu kerana takutkan musuh yang mengganggu kamu. Bahkan mereka itu mengganggu Allah..
2 Akhir dunia dan awal akhirat ialah dalam kubur.
Biasanya Hasan menulis dosa-dosa yang di lakukan pada pakaiannya semenjak dahulu lagi. Beliau selalu melihat tulisan tersebut. Kadang-kadang beliau akan menangis hinggakan jatuh pengsan apabila melihat dosa yang di lakukannya itu.
Satu ketika, Hasan berserta dengan beberapa orang lain, sedang pergi ke Ka’abah, Tengah jalan mereka sampai ke satu perigi, mereka semuanya dahaga tetapi mereka tidak ada tali timba untuk mengambil air telaga itu. Hasan pun berkata, “ Saya hendak sembahyang, semasa saya sembahyang tuan-tuan akan lihat air itu naik ke atas tuan-tuan bolehlah minum air itu untuk menghilangkan dahaga” Perkara itu benar-banar berlaku. Tetapi ada seorang daripada mereka itu, setelah minum sepuas-puasnya , telah mengisi bekas airnya untuk kegunaan masa depan. Air itu pun tidak semena-mena turun ke bawah semula. Apabila beliau di tanya tentang peristiwa ganjil itu. Hasan menjawab, “ Itu adalah kerana kurangnya iman mu untuk bertawakal bulat-bulat kepada Allah.
Hasan sangat merendahkan dirinya hingga di anggap dirinya itu lebih hina dari segala yang lain. Satu hari, di tebing sungai Dajlah, beliau nampak seorang lelaki sedang duduk dengan seorang perempuan muda dan sebotol arak ada di hadapan orang itu. Terlintas dalam fikirannya, “ Alangkah jahatnya orang itu ! Alangkah baiknya jika ia seperti aku “. Tatkala itu datang sebuah perahu dan tidak jauh dari orang itu. Perahu itu beransur-ansur tenggelam. Ada tujuh orang dalam perahu itu pun hampir-hampir mati lemas. Orang itu pun segera melompat ke dalam sungai itu dan menyelamatkan enam orang dari tujuh orang itu dari mati lemas.
Kemudian orang itu berpaling kepada Hasan dan berkata, “ Jika kamu lebih mulia dari saya, maka dengan nama Allah, selamatkanlah orang yang seorang lagi itu. Kamu hanya selamatkan seorang, tetapi aku selamatkan enam orang.” Tetapi Hasan tidak dapat menyelamatkan orang yang seorang itu. Orang itu berkata kepada Hasan, “ Tuan, orang perempuan di sisi saya itu ialah ibu ku, dan botol itu mengandunig air sahaja. Peristiawa ini adalah untuk menguji tuan. “
Mendengarkan itu, Hasan jatuh terduduk, lalu berkata, “ Seperti tuan telah menyelamatkan enam orang, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam air kebanggaan dan kesombongan “. Orang itu menjawab,” Moga-moga Allah kabulkan kehendak mu !” Hasan terasa yang kehendaknya telah terkabul. Semenjak itu, beliau sangat merendahkan diri. Apabila melihat seekor anjing, beliau berkata, “ Ya Allah, demi anjing yang baik ini, terimalah aku sebagai hamba Mu “.
Hasan berkata bahawa empat peristiwa yang memberinya pengajaran besar dalam hidup :
Satu ketika saya tarik pakaian seorang kasi ( orang pontong ) kerana berseloroh. Orang itu berkata, “ Kembalikan pakaian itu, kerana ada orang yang tahu keadaan ku yang sebenarnya “ Tiba-tiba terlintas di fikiran ku : bagaimana pula kedudukan kita di akhirat kelak jika di telanjangkan dan semua dosa kita itu di perlihatkan ?
Seorang mabuk sedang menggelupur dalam Lumpur . Saya katakan kepadanya supaya berhati-hati agar tiada tenggelam. Orang itu berkata, “ Hasan, jika aku tenggelam, aku sediri yang menderita . Tuan jagalah diri tuan. Jika tuan jatuh, semua pengikut mu akan tenggelam sama.”
Suatu hari seorang budak ( kanak-kanak ) membawa lampu yang menyala. Saya tanya dia dari mana dia bawa api itu. Kanak-kanak itu pun memadamkan lampu itu dan berkata, “ Beritahu pada ku ke mana perginya api yang bernyala pada lampu itu ? “
Suatu hari seorang perempuan yang jelita berlari di jalan raya dengan kepalanya tanpa tudung sambil merungut tentang suaminya. Saya suruh dia menutup kepala dan mukanya. Perempuan itu berkata, “ Cinta kepada suami telah menghilangkan fikiran ku hingga aku tidak sedarkan diri ku dan keliling ku. Jika tuan tidak memberitahu ku yang kepala dan muka ku tidak bertutup, maka tidaklah aku tahu. Aku akan berjalan seperti ini di jalan ini . Tetapi hairan juga aku,hai Hasan, tuan berpura-pura sebagai seorang pencinta Allah dan tuan sedar kepada apa sahaja yang terlintas di hadapan tuan, dan panca indera tuan masih ada kesedaran kepada yang lain. Apakah cinta Allah yang ada pada tuan itu ?.
Pendapat Hasan.
1- Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis.
2- Kawan-kawan yang jahat merosakan orang yang berjalan menuju Allah.
3- Mengumpulkan harta-benda lebih buruk daripada meminum arak yang mana adalah di larang oleh Al – kitab.
4- Siapa yang memencilkan dirinya akan selamat. Siapa yang memisahkan dirinya dari nafsunya akan merasai kebebasan.
5- Orang yang menggali asas dasar dunia ini akan di situ membina bagunan akhirat adalah orang yang bijak.
6- Barang siapa yang kenal Allah menganggap dunia ini sebagai musuhnya, dan siapa yang kasih akan dunia akan menjadi musuh Allah.
7- Orang yang membuang amalan ruhaniah dan menggantikan nya dengan bermurah hati kepada dunia, cuba menegapkan cara-caranya yang jahat itu, adalah orang yang rosak.
8- Barangsiapa yang cinta kepada emas dan perak akan di hinakan oleh Allah. Siapa yang menganggap dirinya sebagai pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina.
9- Allah berfirman dalam Al-Quran, “ Aku akan ampunkan kamu dari segala dosa kamu jika kamu tidak memandang yang lain kecuali Aku.”
Hasan di tanya, “ Bagaimanakah kamu ? “
Beliau menjawab, “ Saya adalah ibarat orang di tengah laut yang kehilangan perahu dan terapung-apung di dalam air
Comments
Post a Comment