TUAN GURU SYED SHEIKH AL-HADI (1867-1934)


SINOPSIS

Syed Sheikh Al-Hadi adalah reformasi Islam ulung di Tanah Melayu yang memainkan peranan penting dalam memajukan sistem pendidikan negara, khususnya sistem agama.Tokoh berketurunan Arab yang lahir di Kampung Hulu Melaka pada tahun 1867 ini dikenali sebagai pelopor yang menyalurkan pemikiran dan falsafah perjuangan Kaum Muda.Madrasah Al-Iqbal adalah madrasah yang pertama didirikan oleh Syed Sheikh Al-Hadi bagi mengembangkan syiar Islam.Walau bagaimanapun, Madrasah Al-Iqbal kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Islam dan dipindahkan ke Pulau Penyengat, Riau-Lingga.

Pada tahun 1916, Syed Sheikh Al-Hadi kembali ke Melaka dan mendirikan Madrasah Al-Hadi di Bandar Kaba pada tahun 1917.Syed Sheikh Al-Hadi yang mendapat pendidikan agama dan akademik di Mesir menggunakan bahasa pengantar Arab di madrasah itu.Ekoran daripada pelbagai masalah yang sering dihadapi menyebabkan Syed Sheikh menutup madrasah itu tahun 1918.Pada tahun 1919, beliau berhijrah ke Pulau Pinang.Perpindahan beliau ke Pulau Pinang telah membuka lembaran baru kepada perjuangannya untuk mereformasikan umat Islam menerusi aliran pembaharuan yang menggalakkan pemikiran kritis di kalangan umat Islam.

Di Pulau Pinang, Syed Sheikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-Masyhor Al-Islamiyah, iaitu pada tahun 1919.Syed Sheikh Al-Hadi kemudiannya menceburkan diri dalam bidang penerbitan buku dan percetakan akhbar.Syarikat percetakan yang dimiliki oleh Syed Sheikh Al-Hadi ialah Jelutung Press.Melalui syarikat itu,beliau telah menerbitkan majalah bulanan Al-Ikhwan dan landasan perjuangan Islam Syed Sheikh Al-Hadi tetap bertapak di Madrasah Al-Masyhor.Antara pelajar lepasan madrasah itu termasuklah Dr.Burhanuddin Al-Helmi,Haji Abu BakarAl-Shaari,dan Syeikh Abdullah Magribi telah mendirikan Madrasah Idrisiah di Perak.Syed Sheikh Al-Hadi meninggal dunia pada Februari 1934 di Pulau Pinang.
                                                                                                            Al-Fatihah..........

Comments

Popular posts from this blog

Profil Vitalia Sesha Model Di Kasus Suap Daging Impor - Tercanggih

Profile dan biodata Angkasa Band

Talent Pilihan SlideGossip : Andrean Saputra